(Di pasar raya, guni, beras dan rak rempah ratus ditutup dengan plastik/Syot layar AFP)
KUWAIT, 6 Jun - Peniaga di bandar utama Kuwait turut memulakan boikot terhadap barangan dari India.
Pelbagai produk keluaran India yang sebelum ini berada di kedai-kedai barangan runcit telah dikeluarkan serta merta oleh peniaga di Kuwait.
Tindakan itu susulan susulan kenyataan ahli politik parti pemerintahnya baru-baru ini, didakwa menghina Islam.
(Syot layar makanan dari India ditutup dengan plastik/FOTO AFP Twitter)
Kebanyakan peniaga di Kuwait yang beragama Islam akui berang dengan kenyataan tersebut yang dianggap keterlaluan dan tidak bertanggungjawab.
Terdahulu media melaporkan, Kementerian Luar Qatar telah memanggil duta India untuk menyampaikan nota bantahan berikutan kenyataan yang dikeluarkan anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) yang disifatkan “boleh mencetuskan kebencian agama".