BEIJING, 18 Januari - Tidak seperti sebelumnya, hanya puluhan ribu rakyat China dijangka pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina, selepas tempoh berkabung bagi saudara-mara yang telah meninggal dunia akibat gelombang COVID-19 baru-baru ini.
Zhang, penduduk Beijing berusia 66 tahun memberitahu Reuters bahawa tahun ini dia diuji dengan kematian tiga saudara dan seorang rakan keluarga selepas mereka diuji positif coronavirus.
"Sambutan Tahun Baru? Tiada perayaan. Cuma sangat sukar untuk berjumpa sesiapa dan pergi ke tempat awam. Ia adalah mood, tiada mood bercuti," katanya kepada Reuters.
"Rakyat menderita, orang ramai sangat cemas dan orang ramai pergi ke kedai ubat, kemudahan perubatan, hospital, klinik, berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan. Itulah realitinya, dan ini menyedihkan."
Setelah menutup semua sempadannya dan mengenakan sekatan ketat, Beijing secara tiba-tiba melonggakannya pada 7 Disember tahun lalu, dan jangkitan telah merebak dengan cepat dalam beberapa minggu sejak itu.
(FOTO REUTERS)
Penarikan sekatan di China, selepas bantahan beramai-ramai terhadap mereka pada November, telah membebankan pihak kesihatan, dan rumah pengebumian di seluruh negara.
Pada 14 Januari, China memaklumkan hampir 60,000 orang yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia di hospital sejak ia meninggalkan polisi sifar COVID bulan lalu- REUTERS