UKRAINE, 18 Januari- Angka korban akibat serangan roket yang meranapkan satu blok pangsapuri di ibu negara Ukraine, Dnipro meningkat kepada 40 orang dengan 25 lagi mangsa masih terperangkap dalam runtuhan.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, dalam sidang videonya mengecam serangan tersebut dan menganggapnya sebagai jenayah perang.
Ketika ketegangan memuncak Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Wendy Sherman yang melawat Kyiv mengulangi komitmen Washington kepada Ukraine, selain membincangkan kaedah untuk meningkatkan keselamatan negara itu dengan Zelensky.
Britain turut tidak lepas tangan apabila berikrar untuk menyokong dengan memberi kereta kebal meski amaran Rusia yang melihat pertambahan senjata di kawasan tersebut akan meningkatkan pertempuran.
Sementara itu, amaran serangan udara dikeluarkan di beberapa wilayah di timur Ukraine.
Russia mula menyerang infrastruktur Ukraine sejak 10 Oktober tahun lalu, dua hari selepas serangan ke atas Jambatan Crimean.
Serangan menyasarkan loji kuasa, industri pertahanan, kemudahan tentera dan komunikasi di seluruh Ukraine.
(Rumah pangsa di bandar Dnipro musnah akibat serangan roket/AFP)