(Foto REUTERS)
CALIFORNIA, 17 Januari- Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban, manakala puluhan ribu orang masih berada di bawah arahan pemindahan susulan kejadian ribut yang melanda California pada Disember lalu.
Gabenor, Gavin Newsom berkata arahan itu masih berkuat kuasa mengikut perintah eksekutif bagi mengukuhkan tindak balas negeri terhadap kerosakan akibat sembilan kejadian ribut yang berturut-turut membadai California sejak 26 Disember lalu.
Keadaan air sungai yang semakin surut membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dan tebing sungai ketika White House mengumumkan Presiden Joe Biden merancang untuk meninjau kerosakan yang berlaku.
Menurut White House, Biden akan pergi ke kawasan pantai pada hari Khamis untuk bertemu mangsa, melawat bandar yang terjejas dan "menilai sokongan persekutuan tambahan yang diperlukan.
Presiden telah pun mengeluarkan pengisytiharan untuk memberi bantuan Persekutuan pada 8 Januari lalu dan seterusnya kebenaran bantuan bencana bagi daerah Merced, Sacramento dan Santa Cruz pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, setakat ini White House masih belum mendedahkan kawasan yang akan dilawati Biden.-REUTERS
(Kawasan pertanian yang dilanda banjir selepas Sungai Salinas melimpah/AFP)