fb fb fb fb fb

Dron digunakan cari dua lagi mangsa nahas 'Yeti Airlines'

(Seorang anggota polis sedang melakukan operasi di lokasi nahas di Pokhara, Nepal/REUETERS)

KATHMANDU, 17 Januari- Operasi mencari dua lagi mangsa nahas pesawat Yeti Airlines diteruskan menggunakan dron bagi meninjau gaung yang mempunyai kedalaman 200 meter.

Nahas tersebut yang berlaku pada Ahad lalu, telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terkorban.

Usaha menyelamat berhampiran bandar pelancongan Pokhara bertambah sukar disebabkan keadaan muka bumi dan cuaca buruk.

Semasa kejadian, pesawat Yeti Airlines yang membawa 72 orang penumpang terhempas dalam cuaca cerah pada Ahad sebelum mendarat.

Pegawai polis, Ajay K.C memberitahu anggota mencari dan menyelamat menggunakan tali ke dalam gaung di mana bahagian pesawat itu jatuh dan terbakar.

Pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat pada hari Isnin, sebelum misi menyelamat terpaksa dihentikan susulan keadaan terlalu gelap.


(Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa di lokasi nahas pesawat Yeti Airlines, di Pokhara, Nepal/REUTERS)

"Terdapat kanak-kanak kecil dalam kalangan penumpang. Mungkin ada yang melecur dan mati, dan mungkin tidak diketahui.

"Kami akan terus mencari mereka," kata Ajay K.C.

Saluran televisyen menyiarkan rakaman beberapa saudara mara yang sedang menangis sementara menunggu mayat mangsa di luar hospital tempat bedah siasat dijalankan di Pokhara.

Isnin lalu, pasukan penyelamat menemui perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan dari pesawat tersebut. kedua-duanya dalam keadaan baik, penemuan tersebut mungkin membantu penyiasat mengenal pasti punca nahas.

Mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, di mana pesawat dan enjin itu direka dan dibina, secara automatik adalah sebahagian daripada agensi penyiasatan nahas negara.

ATR berpangkalan di Perancis dan enjin pesawat itu dikeluarkan di Kanada oleh Pratt and Whitney Canada.

Penyiasat kemalangan udara Perancis dan Kanada berkata mereka merancang untuk mengambil bahagian dalam siasatan itu.-REUTERS

Media Baharu