fb fb fb fb fb

Pekerja Sektor Awam sertai protes bantah kenaikan inflasi di Venezuela

(FOTO AFP)

CARACAS,17 Januari-Guru, pesara dan pelbagai pertubuhan berarak sekurang-kurangnya di enam bandar Venezuela, ketika kerajaan Presiden Nicolas Maduro berdepan cabaran baharu dalam percubaan menangani inflasi.

Pakar ekonomi pertubuhan bukan kerajaan menganggarkan, Inflasi di Venezuela mencapai sehingga 305 peratus tahun lalu.

Di ibu kota Caracas, penunjuk perasaan berarak ke bangunan pendakwaraya sambil membawa sepanduk, mendesak kerajaan menaikkan gaji mereka.

Menurut Ketua Kesatuan Guru-guru di caracas, Griselda Sanchez, gaji tertinggi diterima guru hanya mampu membeli setengah karton telur ayam.

Kerajaan sejak Mac lalu, tidak membuat penyelarasan gaji pekerja sektor awam, sebagai usaha sebahagian daripada usaha mengurangkan perbelanjaan, dan meningkatkan cukai bagi memastikan Venezuala mampu bangkit dari inflasi hiper.

Bagaimanapun, pada separuh tahun kedua, permintaan matawang asing mengatasi bekalan mingguan dolar yang disediakan bank pusat dan bolivar terus menyusut.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu