fb fb fb fb fb

Festival “Las Luminarias” undang kritikan daripada aktivis haiwan

(FOTO REUTERS)

SAN BARTOLOME DE PINARES, 17 Januari-Asap dan api memenuhi malam di San Bartolomé de Pinares, sebuah bandar di tengah-tengah Sepanyol yang mempunyai 600 penduduk.

Penduduk tersebut meraikan perayaan "Las Luminarias" sempena memperingati hari kelahiran Saint Anthony yang dianggap sebagai penjaga haiwan.

Seekor demi seekor kuda bersama penunggang melompat melepasi unggun api diletakkan di jalan berturap yang sempit.

Menurut salah seorang penduduk yang menyertai festival tersebut, Diego Martin berkata tradisi tersebut telah berakar umbi sejak lama di bandar berkenaan.

"Tiada siapa tahu bila dan bagaimana tradisi itu bermula. Datuk saya berkata keluarga kami yang terdahulu turut menyertai festival ini", ujarnya.

"Festival ini kemungkinan sudah diadakan selama 300 atau 500 tahun", kata Diego yang turut menyertai festival tersebut bersama kuda baka Sepanyol, Fiel.

150 penunggang dari seluruh sepanyol menyertai festival yang menjadikan bandar San Bartolome terkenal pada setiap tanggal 16 Januari.

Disebalik kemeriahan festival, ia turut mendapat kritikan daripada aktivis pencinta haiwan yang bimbang terhadap keselamatan kuda-kuda yang menyertai acara itu.

Beberapa hari sebelum festival berlangsung, Pertubuhan Kebajikan Haiwan Sepanyol telah meminta agar penduduk bandar berkenaan agar tidak melakukan upacara tersebut memadangkan ia mampu mendatangkan kecederaan terhadap kuda.

Namun, para penduduk menganggap upacara itu sebagai tradisi yang harus dilakukan bagi kesihatan dan keselamatan kuda-kuda di San Bartolome.

" Terdapat wabak yang membunuh kuda-kuda di bandar ini. Justeru, upacara perlu dilakukan bagi menyucikan haiwan berkenaan daripada dirasuki semangat jahat", ujar salah seorang peserta wanita Libertad Gomez.

Menurutnya lagi, para penduduk menolak tanggapan bahawa festival tersebut adalah kejam kerana memanipulasi haiwan bagi tujuan keagamaan.

" Tidak pernah berlaku sebarang insiden melibatkan kuda-kuda tersebut. Mereka adalah haiwan kesayangan kami dan kami tidak mempunyai niat bagi mencederakan haiwan berkenaan", tambah Libertad.

""Las Luminarias" kekal menjadi tradisi dan warisan kami. Seharusnya ia perlu dipandang sebagai festival dan upacara masyarakat San Bartolomé de Pinares", ujar Libertad mengakhiri temubual-REUTERS


(Festival "Las Luminarias" diadakan pada setiap 16 Januari setiap tahun/FOTO REUTERS)

Media Baharu