fb fb fb fb fb

Thessaly berdepan krisis wabak sheep pox

Foto REUTERS

THESSALY, 22 September – Penternak di wilayah Thessaly kini berdepan tekanan apabila wabak sheep pox yang merebak pantas memusnahkan ternakan kambing dan biri-biri.

Seorang penternak, Giorgos Tasioulis, kehilangan hampir 900 ekor ternakan yang terpaksa dilupuskan.

Sepanjang setahun lalu, lebih 260,000 ekor kambing dan biri-biri, bersamaan kira-kira 2 peratus daripada populasi haiwan itu di seluruh Greece, telah dilupuskan; memaksa lebih 1,100 ladang ditutup.

Kileler merupakan kawasan paling terjejas dengan 40,000 haiwan dimusnahkan.

Pihak berkuasa kini melaksanakan pelan kecemasan 10 hari termasuk menghantar doktor haiwan ke ladang serta mewujudkan zon nyahkuman, namun, ada pihak berpendapat tindakan itu terlalu lewat.

Thessaly menyumbang 15 peratus daging kambing dan biri-biri Greece serta hampir sepertiga susu serta keju feta.

Krisis itu sekali gus menjejaskan pengeluaran keju feta, produk terkenal negara tersebut.

Seorang pembuat keju, Nikos Karakanas, terpaksa menutup operasi dan memberhentikan pekerja kerana kekurangan susu selepas ternakan dimusnahkan. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM