fb fb fb fb fb

Kemusnahan Gaza gugat harapan pendamaian

Yvette Cooper / Foto REUTERS

NEW YORK, 22 September - Kerajaan Britain mahu mengekalkan harapan pendamaian dengan mengiktiraf negara Palestin.

Menteri Luar Britain, Yvette Cooper ketika berucap di New York menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan di Gaza, perluasan penempatan di Tebing Barat serta penahanan berterusan tebusan mengancam sebarang harapan untuk keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Terdahulu, Britain bersama Kanada, Australia dan Portugal mengumumkan pengiktirafan negara Palestin.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, kempen ketenteraan Israel di Gaza yang bermula pada Oktober 2023 telah meragut lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam.

Keadaan itu turut mencetuskan kebuluran, memusnahkan sebahagian besar bangunan serta memaksa majoriti penduduk Palestin berpindah berkali-kali.– REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM