BANGKOK, 9 September - Mahkamah Agung Thailand mengarahkan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menjalani hukuman penjara selama setahun.
Menurut hakim, hukuman penjara yang dikenakan kepada Thaksin pada 2023 adalah tidak sah kerana ditempatkan di hospital sepanjang hukuman.
"Menghantarnya ke hospital adalah tidak sah, defendan tahu penyakitnya bukan perkara yang mendesak. Tinggal di hospital tidak boleh dikira sebagai hukuman penjara," kata hakim selepas membacakan keputusan tersebut.
Sebelum ini, bekas pemimpin politik berusia 76 tahun itu berhadapan hukuman penjara lapan tahun kerana rasuah dan salah guna kuasa selepas kembali ke Thailand pada 2023.
Walaupun hukumannya diringankan selama setahun selepas mendapat pengampunan diraja, Perdana Menteri selama dua penggal itu didakwa tidak berada dalam penjara walaupun sehari.-AFP