fb fb fb fb fb

Thailand bubar parlimen Mac ini, laksana pilihan raya 7 Mei depan

FOTO AFP

BANGKOK, 21 Februari- Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei depan.

Ia susulan penggal penuh empat tahun Dewan Perwakilan akan berakhir pada 23 Mac ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya umum sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran dan tidak boleh melebihi 60 hari.

Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas tamat penggal Dewan pada 23 Mac ini.

Mengikut perlembagaan, calon boleh memulakan kempen bermula 24 September lepas, 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.

Prayuth berhasrat untuk bertanding lagi walaupun had penggal lapan tahunnya sebagai perdana menteri berakhir pada 2025.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu