fb fb fb fb fb

Thailand, Kemboja singkatkan tempoh kebenaran tinggal rakyat kedua-dua negara

Foto REUTERS

BANGKOK/PHNOM PENH, 9 Jun- Jurucakap Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura pada Isnin memaklumkan bahawa Thailand telah melaraskan dasar kemasukan dengan menetapkan tempoh maksimum tinggal bagi warganegara Kemboja di Thailand kepada tujuh hari, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil sebagai tindak balas terhadap keputusan awal Kemboja yang memendekkan tempoh kebenaran tinggal bagi rakyat Thailand daripada 60 hari kepada tujuh hari.

Touch Sokhak, timbalan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Kemboja, turut memaklumkan pada hari sama bahawa sebagai respons terhadap pengurangan tempoh visa tinggal bagi rakyat Kemboja oleh Thailand, Kemboja juga telah memendekkan tempoh tinggal bagi warga Thailand daripada 60 hari kepada tujuh hari.- BERNAMA-XINHUA

MOHAMAD KHAIRIE KHALID