fb fb fb fb fb

Texas aktifkan deklarasi bencana bantu daerah terjejas banjir

Foto AFP

Dallas, 24 Ogos- Kejadian banjir yang disifat kedua terburuk di beberapa negeri di utara Amerika Syarikat menyaksikan deklarasi bencana diaktifkan.

Ia membolehkan lebih banyak sumber disalurkan ke 23 daerah terjejas bencana alam yang turut menyebabkan kematian itu.


(Bomba menyelamat kanak-kanak yang terjejas banjir/ Foto AFP)

Gabenor Texas, Greg Abbott yang menandatangani deklarasi berkenaaan memaklumkan, cuaca buruk yang mencetuskan banjir melanda Dallas dan Fort Worth dan beberapa wilayah sekitar Texas. 

Malah, seorang wanita berusia 60 tahun dilapor maut selepas keretanya dihanyutkan banjir, di Mesquite, timur Dallas.

Hakim Daerah Dallas, Clay Jenkins menerusi Twitter berkata, berdasarkan penilaian awal kerosakan, beliau mengisytiharkan bencana di Dallas dan meminta bantuan negeri dan persekutuan.

Sementara itu, sebanyak 100 kediaman di utara Texas dilaporkan rosak dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Penduduk terjejas diminta melaporkan jumlah kerosakan yang dialami melalui iSTAT, medium yang digunakan untuk mengumpul data bagi membantu menentukan sama ada kerosakan itu layak mendapat bantuan persekutuan. - AFP

Media Baharu