Amerika Syarikat, 24 Ogos- Amerika Syarikat melanjutkan larangan perjalanan ke Korea Utara yang sepatutnya tamat akhir bulan ini kepada setahun lagi.
Jabatan Negara mengumumkan tempoh lanjutan tersebut sehingga 31 Ogos 2023, menerusi notis yang diterbitkan Daftar Persekutuan.
(Amerika Syarikat melanjutkan larangan perjalanan ke Korea Utara setahun lagi / Foto Reuters)
Sekatan itu dikuat kuasa sejak 2017 dan diperbaharui setiap tahun itu dibuat hasil maklumat bahawa masih terdapat risiko serius kepada warga Amerika Syarikat jika ditahan untuk tempoh jangka masa panjang.
Jabatan Negara memaklumkan semua pasport Amerika Syarikat kekal tidak sah untuk perjalanan masuk dan ke negara itu atau perjalananan melalui Korea Utara melainkan mendapat kebenaran khas.
Pada September 2017, Amerika Syarikat melarang semua perjalanan ke Korea Utara selepas kematian seorang pelajar Amerika, Otto Warmbier, yang mengalami kecederaan serius semasa dalam tahanan kerana didakwa mencuri poster propaganda.