fb fb fb fb fb

Jepun mansuh ujian COVID-19 kepada pelawat bermula 7 september ini

Foto Reuters

TOKYO, 24 Ogos- Jepun akan memansuhkan ujian COVID-19 sebelum berlepas bagi pelawat yang lengkap divaksin ke negara itu.

Perdana Menteri, Fumio Kishida yang mengumumkan perkara itu kepada media bagaimanapun menegaskan, had harian pelawat masih dikekalkan.

Kishida berkata, pemansuhan ujian berkenaan akan dikuatkuasakan mulai 7 September ini.


(Perdana Menteri, Fumio Kishida mengumumkan kepada media / Foto Reuters)

Beliau menegaskan, Jepun juga akan terus melonggarkan sekatan secara berperingkat termasuk berhubung kelonggaran perintah persediaan kuarantin dan keadaan jangkitan selepas ini.

Media tempatan sebelum ini juga melaporkan bahawa Jepun mungkin akan menaikkan had harian pelawat yang masuk ke negara itu daripada 20 ribu kepada 50 ribu orang dalam tempoh terdekat.

Namun, Kishida memaklumkan tiada keputusan baharu dibuat berhubung perkara itu setakat ini.

Jepun juga telah melaksanakan pelonggaran sempadan selepas usaha menangani gelombang ketujuh jangkitan yang dipacu oleh varian BA.4 dan BA.5 merekodkan perkembangan positif. - Reuters


Media Baharu