fb fb fb fb fb

China longgarkan sekatan visa kepada pelajar

Foto AFP

WUHAN, 24 Ogos- China melonggarkan sekatan visa kepada pelajar asing yang dikenakan sejak permulaan pandemik COVID-19.

Prosedur itu berkuat kuasa mulai hari ini tanpa menyebut keperluan vaksin atau bukti ujian negatif untuk virus itu.

Melonggarkan sekatan visa adalah penting bagi pelajar terutama mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.


(Foto AFP)

Bagi pelajar yang kembali ke China untuk menyambung pengajian; mereka perlu menunjukkan 'Sijil Kembali ke Kampus' yang dikeluarkan universiti di China

China menutup sempadan selepas virus COVID-19 mula dikesan di bandar Wuhan pada akhir tahun 2019.

Hari ini ; 1,641 kes baharu penularan dtempatan dilaporkan termasuk di kawasan terpencil di Tibet dan Xinjiang.

Kebanyakan daripada mereka tidak bergejala dan tiada kematian baharu dilaporkan. - AFP

Media Baharu