fb fb fb fb fb

Situasi COVID-19 di Singapura semakin stabil

Foto Reuters

SINGAPURA, 24 Ogos- Penduduk Singapura tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka di dalam bangunan, mulai 29 Ogos ini.

Menteri kesihatan, Ong Ye Kung, berkata buat pertama kali dalam tempoh lebih dua tahun, orang ramai di negara itu tidak lagi perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup .


(Pekerja pejabat di Singapura semasa hari pertama tanpa sekatan COVID-19 / Foto Reuters)

Bagaimanapun, penduduk perlu memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan di tempat berisiko tinggi seperti kemudahan kesihatan.

Kementerian kesihatan juga mengemas kini peraturan untuk pengembara yang tidak divaksin, menggugurkan keperluan kuarantin 7 hari mulai minggu depan

Kira-kira 70 peratus daripada 5.5 juta penduduk negara itu telah dijangkiti COVID-19 dan kadar jangkitan semula setakat ini sangat rendah. 

Media Baharu