fb fb fb fb fb

Biden umum bantuan senjata hampir AS$3 bilion kepada Ukraine

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 25 Ogos- Presiden Joe Biden mengumumkan hampir AS$3 bilion bantuan ketenteraan kepada Kiev, pakej terbesar Amerika Syarikat setakat ini -- untuk menandakan hari kemerdekaan Ukraine, enam bulan selepas Rusia menyerang negara itu.

Dalam satu kenyataan, Biden memberi isyarat komitmen teguh Washington terhadap perjuangan Ukraine, dengan bantuan AS$2.98 bilion untuk senjata dan peralatan lain bertujuan "memastikan ia dapat terus mempertahankan dirinya dalam jangka panjang."

Dana baharu itu adalah untuk sistem pertahanan udara, artileri dan peluru yang sangat diperlukan, selain radar dan sistem pertahanan untuk menentang dron Rusia, kata Biden.

Mengucapkan tahniah kepada Ukraine atas kemerdekaannya, yang diisytiharkan daripada Kesatuan Soviet pada 1991, Biden berkata AS "komited untuk menyokong rakyat Ukraine ketika mereka meneruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan mereka.

(Joe Biden berkata pakej bantuan ketenteraan hampir AS$3 untuk Ukraine, yang terbesar
sejak pencerobohan Rusia bermula, bertujuan untuk membantu Kiev/REUTERS)

"Hari ini bukan sahaja perayaan kejayaan masa lampau, tetapi satu penegasan yang kuat bahawa Ukraine dengan bangganya kekal -- dan akan terus kekal -- sebuah negara yang berdaulat dan merdeka."

"Enam bulan serangan tanpa henti hanya memperkukuh kebanggaan Ukraine terhadap rakyat dan negara mereka, selain kejayaan mempertahankan kemerdekaan selama 31 tahun. Hari ini dan setiap hari, kami berdiri bersama rakyat Ukraine," kata Biden. -AFP

Media Baharu