fb fb fb fb fb

Tentera Sudan serang pangkalan RSF di Khartoum

(Foto AFP)

KHARTOUM, 1 Jun- Pasukan tentera Sudan meletupkan pangkalan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Khartoum selepas menarik diri daripada rundingan gencatan senjata.

Tentera Sudan menuduh musuh mereka gagal menepati komitmen gencatan senjata tersebut yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Perantara kedua negara telah menyalahkan kedua-dua pihak kerana melanggar gencatan senjata yang sepatutnya membolehkan koridor selamat untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang sangat memerlukan.


(Ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan, bersorak bersama tenteranya ketika melawat pangkalan mereka di sekitar Khartoum/AFP)

Di utara dan selatan ibu negara, pangkalan utama Pasukan Sokongan Pantas Mohamed Hamdan Daglo diserang oleh pasukan tentera yang diketuai tentera Abdel Fattah al-Burhan, penduduk memberitahu AFP.

Seorang saksi berkata terdapat "tembakan artileri berat dari kem tentera" di utara Khartoum, pada hari ke-47 perang yang menurut penyelidik telah meragut 1,800 nyawa.

Selain itu, letupan meriam ke atas kem RSF di al-Salha" di selatan Khartoum yang merupakan pangkalan separa tentera dan senjata terbesar di bandar itu.

Serangan itu berlaku dua hari selepas Amerika Syarikat dan Arab Saudi berkata pihak yang bertelagah bersetuju untuk melanjutkan lima hari gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu.

Rundingan yang diadakan di bandar Jeddah Arab Saudi, mengakui pelanggaran berulang, tetapi telah menangguhkan mengenakan sebarang sekatan.-AFP

Media Baharu