fb fb fb fb fb

Korea Utara kongsi gambar pelancaran satelit terbaharu

(Foto Reuters)

SEOUL, 1 Jun- Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA pada Khamis mengeluarkan gambar pelancaran satelit terbaharu negara itu dan berkata satelit pengintip tenteranya akan memasuki orbit tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian dua gambar, yang tidak boleh disahkan oleh Reuters secara bebas, menunjukkan apa yang kelihatan seperti imej roket Chollima-1 baharu yang berlepas dengan api dan asap dari landasan pelancaran pantai.

Memetik kenyataan kakak pemimpin Korea Utara, Kim Yo-jong, Pyongyang akan terus meningkatkan pengawasan tenteranya.

"Kami bersedia untuk bertindak dalam apa sahaja sahaja cara bagi mempertahankan hak kedaulatan dan kepentingannya," kata Yo-jong.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau susulan kegagalan pelancaran satelit Korea Utara pada Rabu (31 Mei).

Dalam pengakuan kegagalan Korea Utara yang jarang berlaku, KCNA melaporkan roket yang membawa satelit peninjau tentera dikenali sebagai "Malligyong-1" terhempas ke dalam laut selepas kemalangan berlaku.-REUTERS

(Foto Reuters)

Media Baharu