fb fb fb fb fb

Seoul gesa Pyongyang batal pelancaran ke dua satelit

(Pelancaran roket membawa satelit baharu di lokasi yang tidak didedahkan
di Korea Utara pada 31 Mei 2023/Foto AFP)

SEOUL, 1 Jun -Kementerian Luar Korea Selatan menggesa Korea Utara membatalkan rancangan berhubung pelancaran kedua jentera pelancar angkasa lepas, sehari selepas negara itu gagal dalam cubaan melancarkan satelit pengintip pertama negara yang dilaporkan jatuh ke laut. 

“Tidak kira sama ada pelancaran satelit Korea Utara untuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) berjaya atau tidak, ia secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB dan mengancam keamanan serta keselamatan Semenanjung Korea serta masyarakat antarabangsa,” kata Jurucakap Kementerian Luar, Lim Soo-suk semasa taklimat di sini.

Sehari sebelum itu, saudara perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong berkata dalam tempoh terdekat negara itu akan meletakkan satelit pengintip tentera di orbit dan berjanji bahawa Pyongyang akan mempertingkatkan keupayaan serta kemampuan pengawasan tentera negara, lapor media tempatan KCNA.

Susulan itu, Kim menolak kecaman dari Washington dan beberapa negara lain yang menyifatkan ia sebagai pelanggaran hak kedaulatan untuk pembangunan angkasa lepas sebuah negara.

“Kami kesal atas provokasi berterusan Korea Utara seperti cubaan pelancan satelit ke-2, meski amaran dan kebimbangan antarabangsa, dan sekali lagi kami mendesak Kora Utara mematuhi sepenuhnya kewajiban peraturan antarangsa termasuk pembatalan racangan pelancaran berkaitan,” jelas Soo-Suk. –REUTERS


(Objek dipercayai sebahagian “jentera pelancar angkasa” yang dirampas tentera Korea
Selatan 
di kawasan perairan 200km barat Pulau Eocheong di Laut Kuning/Foto AFP)

BERITA BERKAITAN
Korea Utara kongsi gambar pelancaran satelit terbaharu
Satelit pengintip Korea Utara terhempas ke laut
Siren di Jepun berikutan pelancaran satelit Korea Utara

Media Baharu