fb fb fb fb fb

Lima terbunuh dalam kebakaran di new Zealand

WELLINGTON, 1 Jun- Polis New Zealand berkata, lima kematian direkodkan berikutan kejadian kebakaran sebuah asrama di Wellington bulan lepas.

Pertuduhan dibuat terhadap seorang lelaki yang disyaki memulakan kebakaran maut tersebut.

Menurut polis, "lelaki berusia 48 tahun itu, direman atas dua pertuduhan membakar, kini turut berdepan lima pertuduhan membunuh."

Kebakaran di asrama Loafers Lodge di pusat bandar Wellington, telah meragut nyawa lima lelaki.

Inspektor Dion Bennett, pemangku komander daerah Wellington, berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan berkenaan tragedi itu.

Suspek, hadir di mahkamah pada 19 Mei selepas didakwa memulakan kebakaran sofa di dalam asrama dan kemudian merebak ke seluruh bangunan itu.

Bagaimanapun, dia tidak membuat rayuan rasmi.

Disebabkan kerosakan kebakaran yang meluas di dalam asrama, polis berkata ia mengambil masa dua minggu untuk memeriksa bangunan itu.

Perdana Menteri Chris Hipkins menjanjikan siasatan menyeluruh berikutan kebakaran yang menggemparkan negara itu.

Beberapa mangsa yang terselamat merangkak melalui asap dalam kegelapan malam untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran, manakala yang lain diselamatkan dari atas bumbung oleh anggota bomba.

Loafers Lodge digunakan sebagai rumah murah oleh penduduk yang berpendapaan rendah atau mereka yang tinggal sementara di New Zealand.- AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu