fb fb fb fb fb

Jumlah tenaga boleh diperbaharui meningkat : IEA

PARIS, 1 Jun- Jumlah tenaga boleh diperbaharui akan meningkat tahun ini berikutan harga bahan api yang tinggi, ia sekali gus mencetuskan kebimbangan keselamatan tenaga dan mendorong penggunaan sistem solar dan angin, kata Agensi Tenaga Antarabangsa pada Khamis.

Tambahan global kapasiti tenaga boleh diperbaharui dijangka meningkat sebanyak 107 gigawatt lebih daripada 440 GW pada 2023, kata IEA dalam laporan terkini mengenai sektor itu.

"Dunia bersedia untuk menambah jumlah tenaga yang boleh diperbaharui memecahkan rekod kepada sistem elektrik, ianya lebih daripada jumlah kapasiti gabungan kuasa Jerman dan Sepanyol," kata pengarah eksekutif IEA, Fatih Birol dalam satu kenyataan.

Jumlah kapasiti elektrik boleh diperbaharui dunia dijangka meningkat kepada 4,500 GW tahun depan, sama dengan pengeluaran kuasa China dan Amerika Syarikat bersama-sama, tambah agensi itu.

China akan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam sektor itu dan menyumbang 55% daripada penambahan global tahun ini dan seterusnya.

IEA berkata ia menaikkan ramalannya untuk penambahan kapasiti tenaga itu di Eropah sebanyak 40% ketika negara meningkatkan usaha untuk mencari alternatif kepada gas asli Rusia berikutan pergelutan Moscow dan Ukraine.

Kapasiti solar dan angin yang baru dipasang dianggarkan dapat menjimatkan pengguna elektrik di EU sebanyak $107 bilion antara 2021-2023 dengan menggantikan bahan api lebih mahal.

"Krisis tenaga global telah menunjukkan tenaga boleh diperbaharui adalah penting untuk menjadikan bekalan tenaga bukan sahaja lebih bersih tetapi juga lebih selamat dan berpatutan," kata Birol.

Tenaga angin diramalkan naik semula tahun ini dengan pertumbuhan 70% selepas tempoh dua tahun yang lembap, kata IEA.

Lonjakan itu terutamanya disebabkan oleh projek yang telah ditangguhkan akibat sekatan COVID-19 di China dan masalah rantaian bekalan di Amerika Syarikat dan Eropah.- AFP

(Panel solar dan turbin angin di Lichtenau/AFP)

Media Baharu