fb fb fb fb fb

Tentera Pakistan musnahkan 12 dron India

FOTO HIASAN

ISLAMABAD, 8 Mei- Tentera Pakistan pada Khamis mendakwa telah menumpaskan 12 dron milik India di beberapa lokasi berbeza, dengan operasi masih diteruskan.

Begitupun, seorang awam disahkan maut, manakala empat anggota tentera Pakistan cedera dalam insiden berkenaan.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry berkata, insiden berlaku malam tadi apabila India didakwa melakukan satu lagi tindakan pencerobohan dengan menghantar beberapa dron ke wilayah Pakistan.

“Salah satu dron menyerang sasaran ketenteraan berhampiran Lahore,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakistan dan India, yang sering berdepan ketegangan khususnya di wilayah yang dipertikaikan iaitu Kashmir, sebelum ini saling menuduh melakukan pencerobohan menggunakan teknologi udara tanpa pemandu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE