fb fb fb fb fb

Rusia umum gencatan senjata sempena sambutan Hari Kemenangan

Sepanduk menandakan ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan/ Reuters

RUSIA, 8 Mei- Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari dengan Ukraine berkuat kuasa pada tengah malam menjelang ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan memperingati tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

Putin mengisytiharkan pada 28 April untuk melaksanakan gencatan senjata bagi memperingati Hari Kemenangan pada 9 Mei dengan pemberhentian penuh permusuhan.

Gencatan senjata berkuat kuasa dari 12.00 tengah malam waktu Moscow pada 8 Mei dan hingga 12.00 tengah malam waktu Moscow pada 11 Mei.

Rusia menyeru Ukraine untuk menyertai gencatan senjata bagi mengelakkan konflik lebih teruk antara kedua-dua negara.

Kremlin juga menyatakan bahawa Rusia "sekali lagi mengisytiharkan kesediaan untuk rundingan damai tanpa prasyarat."- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI