fb fb fb fb fb

Tentera Laut India berjaya mengesan kapal nelayan China karam di Lautan Hindi

(Anggota penyelamat mencari anak kapal yang masih hilang/REUTERS)

NEW DELHI, 20 Mei- Tentera Laut India memaklumkan bahawa mereka telah mengesan sebuah kapal nelayan China yang karam di Lautan Hindi awal minggu ini.

Seramai 39 anak kapal dipercayai berada dalam berada dalam kapal tersebut.

Kapal nelayan laut dalam "Lupeng Yuanyu 028", milik Penglai Jinglu Fishery Co Ltd yang berpangkalan di wilayah Shandong, karam pada awal pagi Selasa lalu.

Pihak Tentera Laut India menerusi kenyataan memberitahu Pesawat P8I Tentera Laut India telah melakukan operasi pencarian secara menyeluruh di kawasan itu dan menemui kapal nelayan yang terbalik pada 18 Mei lalu.


(Foto hiasan/REUTERS)

"Kedudukan bot yang terbalik itu dimaklumkan kepada Tentera Laut China. Selepas itu, P8I juga melihat bot penyelamat kapal nelayan", menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Tentera laut India bersiap sedia untuk memberikan sebarang bantuan tambahan kepada usaha mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Media kerajaan China melaporkan bahawa 39 orang yang berada di dalam kapal itu terdiri daripada 17 anak kapal China, 17 warga Indonesia dan lima dari Filipina di khuatiri hilang.

Sementara itu, Presiden China Xi Jinping telah mengarahkan semua usaha dilakukan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China telah memaklumkan insiden itu kepada negara berkaitan.

Kementerian Luar telah memaklumkan operasinya kepada Australia, Sri Lanka, Maldives, Indonesia, Filipina dan negara lain bagi menyelaras operasi mencari dan menyelamat.-REUTERS

Media Baharu