(Foto AFP)
MONTREAL, 20 Mei- Sebanyak 12 taman rekreasi ditutup pihak berkuasa wilayah Alberta sebagai langkah berjaga-jaga berikutan cuaca panas dan kering yang mencetuskan banyak kejadian kebakaran hutan di Kanada.
Agensi Pengurusan Kecemasan Alberta, Colin Blair berkata pihaknya terpaksa menutup kesemua taman itu, bimbang kebakaran baharu di kawasan terbabit.
"Alberta telah mengisytiharkan darurat dan meminta bantuan negara luar.
"Beribu-ribu orang dipindahkan sejak awal bulan lalu dan lebih 800,000 hektar hutan musnah dalam kebakaran terbabit.
"Sebanyak 94 kebakaran aktif direkodkan dengan 26 daripadanya disenaraikan sebagai di luar kawalan.
"Keadaan juga teruk di negara jiran British Columbia dengan 22 kebakaran di luar kawalan dan berpuluh-puluh arahan pemindahan dikeluarkan," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, penduduk Alberta diminta kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi kebakaran di seluruh wilayah tersebut.
Angin kencang dan cuaca panas diramal berterusan. - AFP
(Foto AFP)