(Foto hiasan)
JALAN TAMING SARI, 20 Mei- Melaka fm kekal relevan sebagai ejen penyampai dasar kerajaan kepada masyarakat khususnya di negeri Melaka.
Exco Komunikasi Digital negeri Melaka, Fairul Nizam Roslan berkata, Jabatan Penyiaran Melaka juga berperanan sebagai medium hebahan khusus untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.
Katanya, Melaka fm juga antara yang terpantas dalam menyampaikan maklumat sahih terutama berkaitan program dan hebaban kerajaan negeri.
(Melaka fm kekal relevan sebagai ejen penyampai dasar kerajaan kepada masyarakat khususnya di negeri Melaka)
"Memang penting sekarang berita-berita yang kita sampaikan kepada rakyat mestilah tepat dan sahih beserta fakta sudah semestinya kerajaan negeri Melaka mengharapkan kerjasama yang begitu baik.
"Ini terutamanya di Melaka fm dan juga RTM untuk menyampaikan berita secara terus kepada rakyat dan benar dan sempena Tahun Melawat Melaka pada tahun 2024 sudah semestinya teman Melaka fm, Melaka fm dan RTM sendiri menjadi satu orang kata media penyampai untuk menghebahkan semua program-program yang dianjurkan kerajaan negeri," kata Fairul Nizam ketika ditemui RTM dalam program Raya Oh Raya Melaka fm, di sini.
Hadir sama, Exco Wanita Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Nordin.
Sementara itu, beliau turut menambah, media arus perdana perlu memainkan peranan besar dalam mengukuh asas perpaduan dalam kalangan rakyat.