fb fb fb fb fb

Tentera Israel tuduh Mahmud Bassal anggota Hamas

Foto AFP

JERUSALEM, 8 Jun - Tentera Israel menuduh jurucakap pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal sebagai anggota Hamas.

Menurut Zionis, Bassal adalah anggota aktif Hamas yang mencetuskan perang ke atas Israel pada Oktober 2023.

Bassal juga dituduh memenuhi objektif kumpulan Hamas dengan menyebarkan maklumat palsu dan tidak disahkan mengenai operasinya di Gaza.

“Ini adalah tuduhan palsu, saya tidak bekerja untuk mana-mana organisasi ketenteraan, misi agensi ini adalah berpandukan undang-undang antarabangsa," kata Bassal kepada AFP.

Tuduhan tentera Zionis dibuat ketika ia menghadapi kritikan daripada pertahanan awam, yang mendakwa mereka baru-baru ini membunuh orang awam berhampiran pusat pengedaran makanan.

Agensi pertahanan awam telah beroperasi di Semenanjung Gaza selama beberapa dekad, mengerahkan penyelamat untuk menyegerakan mangsa serangan udara Israel ke hospital.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kematian akibat perang di Gaza telah mencecah 54,772 orang, majoriti orang awam. PBB menganggap angka-angka ini boleh dipercayai. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI