fb fb fb fb fb

Polis Ukraine pindah kanak-kanak lengkap jaket keselamatan

Milana dan ibunya, Olesia Tsvietkova, dalam kenderaan polis yang diubah suai untuk menahan serangan dron. Foto REUTERS

DRUZHKIVKA, 8 Jun - Polis Ukraine bertindak memindahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun lengkap berpakaian jaket keselamatan "jaket flak" dan topi keledar dari bandar Kostiantynivka yang dibom di wilayah Donetsk.

Milana dan ibunya, Olesia Tsvietkova, dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan kenderaan polis yang diubah suai untuk menahan serangan dron.

Menurut pegawai polis Yevhen Musiichuk, keadaan di Kostiantynivka ketika ini sangat tegang dan menjadi lebih teruk setiap hari.

"Tentera Rusia telah bergerak perlahan ke timur Ukraine berhampiran Kostiantynivka sejak beberapa minggu lalu," beritahu Musiichuk kepada Reuters.

Sementara itu, Tsvietkova, 42, berkata dia begitu bimbang tentang masa depan anak perempuannya itu.

"Milana perlu belajar, bermain, dan menjalani kehidupan normal," kata Tsvietkova yang duduk di sebelah anak perempuannya menuju ke bandar yang lebih selamat di wilayah Donetsk. - REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI