fb fb fb fb fb

Tentera Israel tembak mati rakyat sendiri, sangka pejuang Hamas

Individu dipercayai Yuval Doron Castleman ditembak tentera Israel/Reuters

BAITULMUQADIS, 2 Disember- Tentera Israel telah menembak mati seorang rakyatnya sendiri berhampiran sebuah perhentian bas di sini selepas menyangka dia adalah pejuang Hamas.

Dalam kejadian semalam, lelaki yang menjadi mangsa anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu dikenali pasti sebagai Yuval Doron Castleman, 38.

Polis Israel dalam kenyataan hari ini mengatakan, siasatan mendapati Yuyal mati akibat cedera parah selepas ditembak tentera yang telah tersilap mengesyaki dia adalah salah seorang ahli Hamas.

Kononnya, Yuyal ketika itu cuba berdepan secara sendiri dengan dua ahli Hamas di sini dan tanpa sengaja turut menjadi sasaran tentera.

Yuyal dan dua individu didakwa Hamas itu dikatakan telah maut ditembak tentera zionis.

Dalam pada itu, video di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai Yuyal melutut di atas jalan dan mengangkat tangan ke udara seolah-olah memberi isyarat supaya tidak menembak.

Tentera Israel kemudian dilihat menembak ke arah lelaki itu hingga jatuh ke tanah. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA