fb fb fb fb fb

Tentera Israel tahan puluhan pelajar Palestin

Foto AFP

NABLUS, 19 Februari- Tentera Israel hari ini menahan puluhan pelajar Palestin dari Al-Lubban ash-Sharqiya, selatan Nablus di Tebing Barat.

Memetik agensi berita Palestin, sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel mengejar pelajar sekolah berkenaan, selain memaksa mereka keluar dari sebuah bas.

"Kesemua pelajar ditahan, disoal siasat di tempat kejadian.

"Tentera juga menutup jalan Khallet Zeina di utara kampung tersebut.

"Sehingga kini kesemua pelajar terbabit dihalang pulang ke kediaman mereka," lapor WAFA.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM