GAZA, 17 Mei - Tentera Israel memperluas serangannya di Semenanjung Gaza sejak beberapa hari lalu.
Ia sebahagian fasa awal serangan terbaharu ke atas Palestin.
"Serangan itu adalah sebahagian daripada peluasan pertempuran di Semenanjung Gaza dengan matlamat untuk mencapai semua objektif perang," kata tentera Israel menerusi hantaran di Telegram.
Matlamat utama mereka adalah menewaskan Hamas dan membebaskan tentera yang ditawan.
Selain melancarkan serangan, tentera Israel turut menyekat kemasukan bantuan ke Gaza bagi memberi tekanan terhadap Hamas.
Semalam, hampir 90 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel di Gaza.
Tentera Israel mengesahkan, pasukannya telah menyerang lebih 150 sasaran di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.
Sasaran itu didakwa kononnya merupakan lokasi pengganas.