fb fb fb fb fb

Tentera Israel bunuh dua lelaki Palestin termasuk kanak-kanak

(Tentera Israel merobohkan kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat pada 8 Ogos lalu/AFP)

RAMALLAH, 15 Ogos- Dua orang lelaki Palestin termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia dibunuh tentera Israel di Tebing Barat dekat kawasan Jericho, hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Qusay Omar Suleiman al-Walaji, 16, dan Mohammed Ribhi Njoom, 25, ditembak di dada oleh tentera Israel pada waktu subuh tadi.

Tentera Israel pula mendakwa ketika serbuan, kononnya mangsa telah melepaskan tembakan.

Ia merupakan serbuan maut pertama dilakukan Israel sejak 1 Mei lalu di kawasan itu, sebuah bandar purba di Lembah Jordan yang terletak berhampiran Laut Mati.

Kematian kedua-dua mereka menjadikan sejumlah 216 rakyat Palestin dibunuh setakat tahun ini.

Tebing Barat didiami kira-kira tiga juta rakyat Palestin dan sekitar 490,000 penjajah Israel yang tinggal di penempatan dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa. -AFP

(Mahmoud Jarad, antara rakyat Palestin yang menjadi korban keganasan tentera Israel
di Tebing Barat tahun ini/AFP)

Media Baharu