fb fb fb fb fb

Letupan di San Cristobal, tiga orang maut termasuk bayi

(Foto REUTERS)

SAN CRISTOBAL, 15 Ogos- Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas berlaku letupan di sebuah premis makanan di San Cristobal.

Menurut Datuk Bandar San Cristobal, Jose Montas, mangsa yang maut termasuk seorang bayi berusia empat bulan serta dua orang dewasa.

"Perkhidmatan kesihatan negara berkata dua mangsa dewasa, melecur 90 peratus pada badan mereka telah meninggal dunia.

"Seorang lagi mangsa iaitu seorang bayi meninggal dunia akibat kecederaan parah.

"Seramai 33 orang cedera dalam letupan di premis perniagaan berhampiran ibu negara Republik Dominican.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu