fb fb fb fb fb

Taufan Lan: Hampir 800 penerbangan dibatalkan

(Foto REUTERS)

OSAKA, 15 Ogos- Hampir 800 penerbangan dibatalkan dan berpuluh-puluh ribu kediaman terputus bekalan elektrik selepas barat Jepun dilanda Taufan Lan.

Agensi Cuaca Jepun berkata pihaknya telah mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh.

"Taufan Lan mendarat di hujung selatan wilayah Wakayama, kira-kira 400 kilometer barat daya Tokyo.

"Lan mengekori rapat Taufan Khanun yang melanda Jepun semasa musim perayaan Obon, membawa hujan lebat dan angin kencang," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, Taufan Lan membawa angin kencang sehingga 150 kilometer sejam (kph) dan bergerak ke barat laut merentasi bahagian barat pulau utama Honshu pada kira-kira 15 kph.

Ia dijangka menuju ke Laut Jepun esok dan terus ke utara di sepanjang laut

Sementara itu, menurut utiliti serantau, gangguan bekalan elektrik melanda hampir 90,000 isi rumah di tengah Jepun dan barat Jepun.

Keadaan tersebut turut menyebabkan penutupan jalan dan perkhidmatan kereta api digantung serta merta. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Berita Berkaitan:
Taufan Lan melanda Jepun

Media Baharu