fb fb fb fb fb

Cuaca buruk: Enam termasuk pelancong Australia ditemukan selamat di Sumatera

(Octavianto (depan) mengesahkan enam termasuk empat pelancong Australia
ditemukan selamat/AFP)

JAKARTA, 15 Ogos- Enam individu termasuk empat pelancong warga Australia dan dua warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas bot mereka tidak dapat dikesan di perairan Sumatera akibat cuaca buruk, ditemukan selamat, hari ini.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi warga Indonesia sedang giat dijalankan.

Ahad lalu, bot yang dinaiki mereka dalam perjalanan ke pulau persendirian Pinang dari pulau Nias di Aceh Singkil gagal tiba, menyebabkan pihak berkuasa melancarkan SAR semalam.

Ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, Octavianto berkata, kesemua mangsa yang selamat kini di pusat peranginan Pinang untuk rawatan lanjut.

"Bagi mangsa terakhir, pencarian sedang dijalankan oleh anggota penyelamat di sekitar perairan berhampiran Pulau Tuangku dan Pulau Palawak," katanya.

Kemalangan laut kerap berlaku di negara kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai sekitar 17,000 pulau, dengan penduduk serta pelancong bergantung kepada pengangkutan feri dan bot kecil untuk melakukan perjalanan walaupun standard keselamatannya rendah. -AFP

(BASARNAS)

Media Baharu