fb fb fb fb fb

Putin zahir takziah kepada keluarga mangsa letupan stesen minyak

(Vladimir Putin)

MOSCOW, 15 Ogos- Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa letupan stesen minyak di republik terpencil Kaukasus di Dagestan.

"Presiden Putin mengucapkan takziah paling tulus kepada keluarga dan rakan mangsa tragedi di Dagestan serta mendoakan pemulihan yang cepat kepada mangsa," menurut kenyataan Kremlin.

Kerajaan Dagestan pula mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung.

Setakat ini, 35 orang terbunuh dan 80 lagi cedera dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 10.00 malam malam.

Laporan awal mengatakan kebakaran berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan kereta, diikuti bunyi dentuman kuat serta menghasilkan 'bola api' besar, sebelum api merebak ke kawasan seluas kira-kira 600 meter persegi.

Seorang saksi dipetik akhbar harian Rusia, Izvestia berkata, kebakaran bermula di kawasan pakir kereta dan merebak ke stesen minyak.

"Selepas letupan, segala-galanya jatuh di atas kepala kami. Keadaan terus gelap. Kami tidak dapat melihat apa-apa lagi," kata saksi yang tidak dinamakan.

Satu kes jenayah telah dibuka oleh Jawatankuasa Penyiasat untuk menentukan punca kejadian.

Api berjaya dipadam dengan kekuatan seramai 260 anggota bomba. -AFP

(FOTO AFP)

Berita berkaitan:
Stesen minyak meletup, 12 orang termasuk kanak-kanak maut

Media Baharu