fb fb fb fb fb

Tembakan di Georgia: 4 maut, suspek masih bebas

GEORGIA, 16 Julai - Pihak berkuasa sedang mencari seorang lelaki yang disyaki menembak maut empat orang di kawasan kejiranan pinggir bandar di Hampton, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Hampton James Turner berkata, suspek Andre Longmore, 40 tahun, dipercayai bersenjata dan berbahaya dan masih bebas.

Sheriff Daerah Henry Reginald Scandrett berkata ganjaran $10,000 ditawarkan untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penahanan Longmore.

Scandrett menyatakan polis akan memburu suspek sehingga berjaya menangkapnya.- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu