fb fb fb fb fb

Telegram tegas patuhi undang-undang EU

Foto AFP

DUBAI, 26 Ogos- Telegram menegaskan bahawa pihaknya mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah (EU), termasuk Akta Perkhidmatan Digital.

Telegram mengeluarkan kenyataan itu susulan penahanan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pavel Durov baru-baru ini kerana gagal membendung aktiviti jenayah di aplikasi berkenaan.

"Durov tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan dan beliau sering mengembara di Eropah.

"..Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa Telegram atau pemiliknya bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan di aplikasi tersebut," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Durov yang juga pengasas aplikasi berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget di luar Paris.- AFP

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM