fb fb fb fb fb

13 maut, 14 lagi hilang selepas bot migran karam di Yaman

Puluhan ribu migran bertolak setiap tahun dari negara 'Horn of Africa', Tanduk Afrika untuk melarikan diri dari konflik, bencana alam atau prospek ekonomi yang lemah dan belayar merentasi Laut Merah dalam usaha untuk sampai ke Teluk yang kaya dengan minyak/ AFP

DUBAI, 25 Ogos- Sekurang-kurangnya 13 orang maut apabila sebuah bot migran karam di perairan Yaman dengan 14 orang lagi hilang, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), berkata insiden berlaku di luar pantai wilayah Taez di Yaman, Selasa lalu.

Menurut agensi PBB itu, bot itu telah berlepas dari Djibouti dengan membawa 25 migran Ethiopia dan dua warganegara Yaman

"Sebelas lelaki dan dua wanita adalah antara yang disahkan maut, ketika operasi mencari terus mencari mangsa yang hilang, termasuk kapten Yaman dan pembantunya,"kata IOM.

Bagaimanapun punca kejadian masih tidak jelas.

Tragedi terbaharu ini merupakan peringatan yang nyata tentang bahaya yang dihadapi oleh pendatang di laluan ini, kata Matt Huber,

Pemangku ketua misi IOM di Yaman, Matt Huber berkata tragedi terbaharu ini merupakan peringatan yang nyata tentang bahaya yang dihadapi oleh migran di laluan itu.

Puluhan ribu migran bertolak setiap tahun dari negara 'Horn of Africa', Tanduk Afrika untuk melarikan diri dari konflik, bencana alam atau prospek ekonomi yang lemah dan belayar merentasi Laut Merah dalam usaha untuk sampai ke Teluk yang kaya dengan minyak.

IOM merekodkan lebih 97,200 migran di Yaman pada tahun lepas iaitu melebihi jumlah tahun sebelumnya.

Kapal karam terbaharu itu susulan insiden serupa di Yaman pada Jun dan Julai yang menyebabkan puluhan orang terkorban.

Migran yang tiba ke Yaman sering menghadapi ancaman terhadap keselamatan kerana negara termiskin di Semenanjung Arab telah terperangkap dalam perang saudara selama hampir sedekad.

Ramai yang cuba sampai ke Arab Saudi dan negara Teluk Arab lain di mana mereka boleh mencari pekerjaan sebagai buruh atau pekerja domestik- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI