REUTERS, 7 Ogos - Pakar ekonomi barat berpendapat, kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) setakat ini hanya dapat dinikmati segelintir golongan.
Profesor ekonomi dan pengurusan global di MIT Sloan School of Management, Simon Johnson berkata, setiap kemajuan teknologi mempunyai kesan yang berbeza terhadap manusia.
Beliau memberi contoh teknologi AI yang nyata memberi kesan terhadap peluang pekerjaan.
"Sudah tentu kemajuan teknologi berbeza mengikut masa. Kesannya terhadap pekerjaan dan peluang syarikat adalah berbeza. Kami juga pernah merasai perkara sama sebelum ini.
"Bagaimanapun, teknologi ini mampu membantu bagi mengenal pasti jenis peluang yang akan diberikan dan jenis risiko yang perlu dihadapi," kata Johnson.
Johnson tidak menafikan teknologi AI mampu memudahkan masyarakat, namun ia mungkin mengambil masa 100 tahun atau lebih untuk dirasai semua golongan. - REUTERS
(Robot dikenali sebagai ''AInstein'' dikuasakan dengan ChatGPT di sekolah Pascal Nicosia, Cyprus/FOTO REUTERS)