fb fb fb fb fb

Bunuh pakar bedah, suspek dibawa ke lokasi kejadian

(Daniel Sancho baju merah) digari sambil menunjukkan kayak yang disewanya/FOTO REUTERS)

SURAT THANI, 7 Ogos - Anak lelaki kepada pelakon Sepanyol Rodolfo Sancho Aguirre telah ditahan di Thailand berhubung kematian yang mengerikan seorang lelaki warga Colombia.

Polis Thailand membawa suspek yang telah membunuh pakar bedah warga Colombia berusia 44 tahun ke lokasi kejadian di pulau Koh Phangan.

Daniel Sancho Bronchalo, 29 tahun mengaku membunuh dan memotong anggota tubuh Edwin Arrieta Arteaga Colombia.

Mayat Arrieta ditemui di tapak pelupusan sampah pulau berkenaan, pada Khamis lalu.

Stesen televisyen tempatan memaparkan visual Sancho memberi penerangan secara terperinci kepada polis mengenai lokasi dia menyewa kayak untuk membuang beberapa bahagian tubuh mangsa ke dalam laut.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Sancho dan Arrieta menaiki basikal bersama beberapa hari sebelum mayat ditemui.

Media tempatan melaporkan Bronchalo dan Arrieta sebagai pasangan kekasih. - REUTERS

(Daniel Sancho Bronchalo ditahan selepas dipercayai membunuh seorang lelaki warga Colombia/FOTO REUTERS)

Media Baharu