fb fb fb fb fb

Banjir timur China, angka korban meningkat kepada 14 mangsa

BEIJING, 7 Ogos - Angka kematian akibat banjir di bandar Shulan, wilayah Jilin di timur laut China meningkat kepada 14 mangsa.

Menurut ibu pejabat kawalan dan bantuan banjir tempatan, seorang lagi mangsa masih hilang.

Media tempatan sebelum itu melaporkan enam kematian akibat banjir tersebut.

Hujan lebat yang melanda China dicetuskan oleh Taufan Doksuri.

Datuk bandar dan dua lagi pegawai perbandaran, yang hilang semasa membantu usaha bantuan bencana turut disahkan meninggal dunia.

Terdahulu pada Julai, media China melaporkan bahawa seramai 11 orang maut akibat banjir melanda Beijing, manakala sembilan lagi lemas di wilayah Hebei.

Seramai 44,673 orang dari 13 daerah di ibu negara terjejas akibat hujan lebat manakala ratusan ribu penduduk dipindahkan.

Selasa lalu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa tempatan memperhebat usaha menyelamat bagi mengurangkan bilangan mangsa. - REUTERS

(Infrastruktur jalan turut mengalami kerosakan kerana banjir/FOTO REUTERS) 

Media Baharu