fb fb fb fb fb

Dua terbunuh di Cape Town mogok bas mini dan teksi

CAPE TOWN, 7 Ogos - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam kejadian mogok yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam Cape Town antara pemandu bas mini dan juga teksi.

Manakala beribu-beribu penumpang pengangkutan awam terkandas dalam kejadian itu.

Teksi bas mini, merupakan mod pengangkutan utama untuk berjuta-juta pekerja di Afrika Selatan.

Pemandu bas tersebut telah menyekat beberapa jalan dengan mengadakan mogok yang bermula pada Khamis akibat pertempuran dengan pihak berkuasa bandar.

Suruhanjaya Tinggi British di Afrika Selatan mengeluarkan notis melalui Facebook menasihatkan pelancong supaya menangguhkan sebarang perjalanan dari lapangan terbang sehingga laluan dijamin selamat.

Menurut suruhanjaya itu "perkhidmatan GPS boleh mengalihkan anda ke kawasan yang kurang selamat atau memasuki kawasan protes yang berterusan".

Ketegangan mogok mulai memuncak selepas 15 bas mini disita pada Selasa lalu.

Beribu-ribu penumpang terkandas berkumpul di stesen bas dan teksi di seluruh bandar pada Khamis.

Beratus-ratus penumpang juga memilih untuk berjalan kaki ke rumah sehingga lewat malam manakala penumpang lain tidur di stesen itu apabila insiden keganasan mula meletus.

Pada malam Jumaat, seorang pegawai polis ditembak dalam kenderaan ketika sedang melakukan rondaan di Cape Town.

Majlis Teksi Kebangsaan Afrika Selatan (SANTACO) menggesa ke atas undang-undang kecil perbandaran baharu yang memberi arahan dan kuasa untuk menahan kenderaan atas kesalahan seperti memandu tanpa lesen, tidak mempamerkan plat pendaftaran atau muatan berlebihan. - AFP

(Trafik Cape Town terhenti pada petang Selasa apabila pemandu teksi dan pegawai penguatkuasa undang-undang
selepas beberapa bas mini disita/FOTO AFP)

Media Baharu