fb fb fb fb fb

Bangunan Iran runtuh, angka kematian meningkat kepada lima

TEHRAN, 7 Ogos - Sekurang-kurangnya lima terbunuh termasuk dua pegawai polis apabila beberapa bangunan sedang dalam pembinaan runtuh di ibu negara Iran Tehran.

Manakala 11 lagi cedera dalam kejadian pada pagi itu.

Jurucakap jabatan bomba Tehran, Jalal Maleki memberitatahu agensi berita Fars, angka korban akibat runtuhan bangunan itu mencecah lima orang.

Memetik laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA), pasukan polis wilayah sedang menyelia kemusnahan sebuah bangunan "tidak selamat" di Daerah 19.

Agensi berita Tasnim melaporkan "empat orang termasuk dua anggota polis dan dua orang awam maut akibat keruntuhan bangunan yang tidak dibenarkan di barat daya Tehran."

Kejatuhan bangunan itu mengakibatkan lima bangunan bersebelahan yang tidak mematuhi syarat keselamatan runtuh, menyebabkan empat pegawai polis dan dua kakitangan majlis perbandaran tertimbus di bawah runtuhan.

(Rakyat Iran berkumpul di tapak di mana bangunan 10 tingkat yang runtuh di bandar barat daya Abadan pada 23 Mei 2022/FOTO AFP)

ISNA dan Tasnim melaporkan, operasi menyelamat sedang giat dijalankan untuk mencari mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan itu.

Pada Mei 2022, bangunan Metropol 10 tingkat runtuh sehingga mengorbankan 43 orang, dianggap tragedi paling dahsyat di negara itu dalam tempoh beberapa tahun.

Bangunan Metropol 10 tingkat sedang dalam pembinaan di bandar Abadan, barat daya wilayah Khuzestan.

Pasukan menyelamat mengambil masa hampir dua minggu untuk mengesan mayat kesemua mangsa yang terkorban dalam bencana itu.

Tragedi itu turut mencetuskan beberapa siri tunjuk perasaan terhadap pihak berkuasa di seluruh negara yang dituduh melakukan rasuah dan didakwa tidak cekap. - AFP

Media Baharu