DAMSYIK, 7 Ogos – Serangan peluru berpandu Israel berhampiran ibu negara Syria Damsyik membunuh sekurang-kurangnya empat tentera Syria dan mencederakan empat yang lain.
Pada 2:20 pagi waktu tempatan tentera Israel melakukan serangan udara dari arah Golan Syria menyasarkan kawasan di sekitar Damsyik.
Beberapa kerosakan material dan berkata, pertahanan udara Syria telah memintas beberapa peluru berpandu Israel.
Bagaimanapun, Israel tidak memberikan komen segera berhubung serangan itu.
Israel telah bertahun-tahun melakukan serangan terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria.
Pengaruh Iran telah berkembang di Syria sejak negara itu mula menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara yang bermula pada 2011.
Pada 19 Julai lalu, serangan udara Israel berhampiran Damsyik telah membunuh tiga pejuang asing pro kerajaan dan mencederakan empat yang lain, lapor Balai Cerap Syria. - AFP
(Serang peluru berpandu tentera Israel ke arah Damsyik/FOTO AFP)