fb fb fb fb fb

Tekanan terhadap wartawan Rusia, duta Jerman ke Rusia dipanggil

Alexander Graf Lambsdorff

MOSCOW, 28 Jun - Kementerian Luar Rusia memanggil Duta Besar Jerman ke Moscow, Alexander Graf Lambsdorff, susulan insiden rampasan pasport ketua biro media milik kerajaan Rusia di Berlin, Sergei Feoktistov dan ahli keluarganya.

Menurut jurucakap kementerian Maria Zakharova, perbincangan telah diadakan bagi mendapatkan kepastian terhadap perkara yang telah mencetuskan ketegangan diplomatik itu.

“Kami telah mengadakan perbincangan yang panjang dan terperinci mengenai wartawan kami,” katanya.

Moscow turut menyerahkan nota bantahan keras bagi memastikan kebajikan Sergei Feoktistov dan ahli keluarganya terjamin.

Rusia berulang kali menuduh negara-negara Barat mengenakan sekatan terhadap medianya di luar negara serta melakukan layanan tidak adil kepada para wartawan.

Sebelum in Kesatuan Eropah telah mengharamkan saluran berita utama milik Kremlin, Russia Today (RT), pada 2022, atas dakwaan menyebarkan maklumat palsu berkaitan kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

Sebagai tindak balas, Rusia turut menyekat akses kepada puluhan media Barat, menghalang beberapa wartawan daripada memasuki negara itu, dan mengenakan sekatan liputan terhadap konflik tersebut. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN