fb fb fb fb fb

Syria pampas tiga juta pil Captagon dekat sempadan Lubnan

Pil Captagon

DAMSYIK, 28 Jun - Pihak berkuasa Syria pada Jumaat mengumumkan rampasan kira-kira tiga juta pil captagon selepas pertempuran dengan rangkaian penyeludupan dadah berhampiran sempadan Lubnan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, rangkaian penyeludupan itu dikesan datang dari Lubnan memasuki wilayah Syria melalui laluan sempadan haram di kawasan Jarajir, yang terletak di utara wilayah luar bandar Damsyik.

Dalam satu kenyataan, pasukan keselamatan Syria telah melancarkan satu serangan hendap di tepi jalan yang menyebabkan berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dan anggota penyeludupan.

"Dalam operasi itu, kira-kira tiga juta pil dadah captagon berjaya dirampas, selain 50 kilogram ganja," tambah kenyataan tersebut.

Syria turut menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak akan membenarkan wilayah Syria digunakan sebagai laluan atau tempat perlindungan penyeludupan dadah.

Syria dan Lubnan berkongsi sempadan sepanjang 330 kilometer yang terkenal sebagai kawasan aktif penyeludupan.

Captagon, yang turut dihasilkan di Lubnan, telah menjadi eksport utama Syria semasa perang saudara yang tercetus pada 2011, dan merupakan sumber utama dana haram kepada kerajaan bekas Presiden Bashar al-Assad. – AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN