fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel di selatan Lubnan ragut 1 nyawa, 20 cedera

Foto AFP

BEIRUT, 27 Jun - Seorang wanita terbunuh manakala 20 yang lain cedera dalam beberapa serangan udara Israel di selatan negara itu pada Jumaat.

Serangan itu berlaku meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada 27 November tahun lalu.

Israel terus melancarkan serangan secara berkala, khususnya di kawasan selatan Lubnan yang sering menjadi sasaran ketegangan antara Israel dan Hezbollah.

"Serangan Israel ke atas sebuah pangsapuri di Nabatiyeh menyebabkan seorang wanita terbunuh,” menurut kenyataan terkini kementerian kesihatan yang dipetik oleh Agensi Berita Nasional (NNA).

Presiden Lubnan Joseph Aoun, dalam satu kenyataan mengutuk serangan tersebut " Israel mengabaikan resolusi serantau dan antarabangsa serta gesaan untuk menghentikan keganasan dan ketegangan."

Pada Khamis, serangan udara Israel di selatan Lubnan turut mengorbankan dua orang, dengan tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan anggota Hezbollah. - AFP

TETITIA YUSOFF